Tuesday 8 March 2016

Solat Sunat Memohon Hujan (Istisqa')

Sumber: Buku 99 Solat Sunat

Solat Sunat Istisqa' adalah solat minta pada Allah supaya diturunkan hujan kerana musim kemarau yang panjang.

Dilakukan dua rakaat. Solat ini dilakukan dengan berjemaah.

a) Lafaz niatnya: 

Ertinya:
" Sahaja aku Solat Sunat Istisqa dua rakaat (menjadi imam/ makmum) kerana Allah Taala."

b) Rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah dan setelah itu baca Surah Al-A'ala. Rakaat kedua baca Surah Al- Fatihah dan kemudian baca Surah Al-Ghasyiah.

c) Selepas Solat, Imam membaca Khutbah kemudian berdoa:

"Segala puji-pujian untuk Allah, Tuhan Pencipta Alam seluruhnya yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, yang memiliki hari kemudian, tiada tuhan yang lain melainkan Allah yang memperbuat sekehendaknya. Ya Allah Engkaulah Allah yang tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Engkau Maha kaya dan kami adalah fasik yang mengharapkan dan berhajat akan sesuatu kepada-Mu, turunkanlah (Ya Allah) bagi kami hujan dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan atas kami itu menjadi berkat bagi kami untuk beberapa masa."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...