Friday 11 March 2016

Cara makan Rasulullah s.a.w

Rujukan: Biografi Agung Rasulullah s.a.w.


Kaab bin Malik meriwayatkan bahawa,
"Bahawasanya Baginda Nabi s.a.w menjilat jarinya sebanyak tiga kali."
{ Dikeluarkan oleh At-Tarmizi}

Rasulullah s.a.w. menggunakan tiga jari ketika memakan buah-buahan manakala apabila memakan roti atau segala yang berkuah, Baginda s.a.w menggunakan semua jarinya. Hikmah mengapa Rasulullah s.a.w menjilat jarinya selepas makan ialah sebenarnya pada tangan ini ada enzim yang menbantu menghadamkan makanan. Apabila dijilat, kita akan menambah jumlah enzim itu ke dalam perut bagi melancarkan lagi proses penghadaman makanan.

Abu Juhaifah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
" Saya tidak makan sambil bersandar."
{Hadis Riwayat At-Tarmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi}

Baginda s.a.w menjilat jarinya tiga kali selepas makan dan Baginda tidak akan makan dalam keadaan bersandar. 



1 comment:

  1. perkongisan yang menarik...
    jemput ke blog saya duniaemasmurah.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...