Wednesday 17 February 2016

Pakaian Rasulullah s.a.w

Rujukan: Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Baginda s.a.w gemar memakai Qamis iaitu kemeja berlengan panjang serta labuh hingga ke betis dan jubah ala Roman yang sempit lengannya. Perkara ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mughibah bin Syu'bah.

"Bahawasanya Nabi s.a.w memakai juban ala Roman yang sempit dibahagian lengannya."
    {Hadis Riwayat At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad}


Asma' bin Yazid meriwayatkan bahawa,
"Panjang lengan baju Rasulullah s.a.w hingga ke pergelangan tangan."
                          {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Nasa'i dan Abu Dawud}


Anas bin Malik r.a meriwayatkan,
"Pakaian yang disukai Rasulullah s.a.w adalah HIBARAH (jenis kain yang berasal dari Yaman)."
 {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad}


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih, orang-orang masih hidup di antara kamu hendaklah mengenakan pakaian yang berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia hendaklah di kapan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian paling baik bagi kamu."
                   { Hadis Riwayat At-Tarmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad}




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...