Sunday 25 October 2015

Uban Rasulullah s.a.w

Rujukan: Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Sewaktu Baginda wafat, di kepalanya hanya mempunyai 14 helai uban manakala di janggutnya terdapat 20 helai uban. Ubannya berwarna merah kerana diinai.


Anas bin Malik meriwayatkan,

" Tidak saya kira uban di kepala dan janggut Rasulullah s.a.w. melainkan hanya empat belas helai."
( Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan Ahmad )


Ibnu Abbas pula meriwayatkan bahawa,

" Abu bakar berkata kepada Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah, anda telah beruban." Maka Baginda berkata, " Yang membuatkan aku beruban adalah surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba' dan At- Takwir."
( Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Hakim)


Yang di maksudkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah Baginda beruban kerana terlalu banyak memikirkan hari kiamat dan hari akhirat yang terkandung di dalam surah-surah tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...