Wednesday 9 September 2015

Pengalaman Jutawan Daging

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto : Google Images
 
Assalammualaikum...
Kita selalu mendengar pengalaman dan cerita-cerita usahawan berjaya. Ternyata untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan, bukanlah sesuatu yang mudah, jatuh bangun dalam dunia perniagaan menjadikan sesorang lebih matang dan lebih dekat kepada kejayaan. Pastikan kita memulakan perniagaan dengan modal yang ada, atau pun dengan modal yang kecil. Kenapa? Sekurang-kurangnya jika terjatuh, kita tidaklah terjatuh dari tempat yang tinggi. Jika kita membuat pinjaman bank, untuk memulakan perniagaan, dan perniagaan tidak menjadi, ini akan memberikan kesan yang sangat parah. Oleh itu, biar kecil asalkan berhasil...
 
 
Pengalaman Dato' Hj Ramly.


 
 
DARI PEMOTONG DAGING KEPADA JUTAWAN DAGING...
 
Bermula sebagai pekerja pemotong daging di sebuah pasaraya, Dato' Hj Ramly bin Mokni memulakan bisnes 'frozen food' secara kecil kecilan di rumah pangsanya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1978
Menyedari usaha mengembangkan bisnes adalah berbeza dengan usaha memulakan bisnes, beliau mula membina 'Syarikat' perniagaannya.
Syarikat Induk: Ramly Mokni Holding Berhad
+ Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
+ Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd.
+ Ramly Supermart Sdn. Bhd.
+ Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.
Dengan hanya bermodalkan RM2000 sebagai permulaan, kini syarikat beliau telah berjaya mencapai pendapatan mencecah RM100 Juta setahun!
Sumber: vilariyat.net
..
Walau bisnes bermula dari rumah jika bijak menguruskannya, insyaAllah, boleh BERJAYA.
 
Tiada yang mustahil, jika betul caranya...
 

Sekian.



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...