Tuesday 25 August 2015

Ulasan Kelas Online Blog Bisnes


Sumber :
http://azhanaam.blogspot.com/2013/10/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html


Hampir sebulan yang lepas, saya merupakan insan yang berbeza. Dari seorang yang tiada ilmu dalam blogging menjadi seorang yang tahu bagaimana mahu membina blog. Sebelum ini saya tertanya-tanya bagaimana orang membuat bisnes page (fanpage) mereka. Alhamdulillah melalui kelas ini saya mahir membina asas blog dan mahir membuat fanpage.
 
 
 

 

Saya menyertai kelas ini pada 5 September 2013, sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran anak saya yang keempat. Mungkin Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencari maklumat suri yang bekerja dari rumah di laman internet. Kebetulan saya juga tercari-cari kaedah untuk memulakan perniagaan di internet. Alhamdulillah saya terjumpa blog sifu Zaila Mohamad www.zailabinimdae.blogspot.com. Di Akademi Bekerja Dari Rumah, ada ramai guru-guru online yang boleh membantu mengajar kita menjadi seperti saya sekarang. Saya bersyukur mendapat cikgu yang sabar melayan karenah saya yang banyak bertanya. Almaklumlah latarbelakang saya bukannya orang IT. Sepanjang pengajarannya ada ketika saya tekun menyiapkan beberapa tugasan dan adakalanya saya menundakan tugasan tersebut. Ini bermakna kelas secara maya ini lebih fleksibel dan amat sesuai untuk pelajar dewasa macam saya. Sama ada suri rumah sepenuh masa atau suri yang masih bekerja semuanya diberikan masa 24 jam dan terpulanglah kepada anda untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Hendak cepat atau lambat terpulanglah kepada diri kita sendiri. Anda tidak perlu berada sentiasa berhadapan dengan komputer malah sesi tutorial boleh berlangsung di mana-mana sahaja sekiranya anda mempunyai ipad atau smartphone yang mempunyai akses internet. Kadangkala pertanyaan tugasan ketika anda di dapur atau di stesen menunggu bas atau ketika menidurkan anak atau dengan pelbagai situasi. Anda tidak perlu datang ke rumah guru. Anda boleh belajar di Perak, Kedah, Kelantan, Johor, di tempat mana anda berada sekarang dengan syarat ada talian internet malah ada rakan pelajar kami berada di Jepun sekarang. Begitulah indahnya menjadi pelajar dewasa dan belajar secara maya.

Berkat belajar beberapa ketika lahirlah entri pertama penulisan saya di blog

www.azhanaam.blogspot.com bertarikh 7 September 2013 iaitu 2 hari selepas belajar secara online. Kalau saya boleh menulis anda juga sudah tentu boleh.


Banyak kebaikan dari keburukan yang saya nampak dan saya rasa hasil pembelajaran saya selama sebulan ini. Guru kelas amat mengambil berat akan perkembangan saya dalam penulisan dan pemahaman tentang pengajaran dalam kelas. Selain itu guru besar juga (Pn. Masayu Ahmad) dan guru-guru lain sentiasa memberi perangsang dari segi sokongan dan teguran yang membina. Untuk pengetahuan anda, Pn Masayu merupakan pengasas utama kepada Akademi Bekerja Dari Rumah. Dalam pada itu saya telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan seperjuangan (kebanyakannya pelajar senior). Kami saling bantu-membantu menaikkan capaian link blog masing-masing. Mereka bukan sekadar rakan sekelas malah kami berkongsi tentang keluarga dan sebagainya. Dari kelas ini juga saya telah dapat memanfaatkan ilmu yang diajar dan berusaha untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Kadangkala kita juga mendapat peluang menjadi guru kepada pelajar-pelajar yang baru pula.

Bagi saya tiada impak negatif hasil dari pembelajaran saya setakat ini cuma ada keperluan kepada sedikit penambahbaikan dari segi pengemaskinian nota. Mungkin nota-nota dari setiap tugasan perlu disusun lebih kemas dan jelas sehingga boleh menjadi sebuah e-book yang akan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang mengikuti kelas membuat asas blog dan fanpage.


Nota Admin:

1. Akademi Bekerja Di Rumah sudah pun mempunyai rujukan, iaitu ebook asas blog dan penulisan. Ini adalah ebook rujukan lengkap. Ebook ini dalam proses penambahbaikan kali ke 2, semua pelajar akan mendapatnya, dan ia sememangnya diberikan kepada setiap pelajar yang belajar.


2. Tugasan adalah berbeza, kerana ia berbeza dengan analisa setiap pelajar serta matlamat untuk menyertai kelas. Sebab itulah, tugasan diberikan di dalam kelas selepas analisa dibuat.


3. Pada masa ini kita sudah pun melaksanakan, peraturan baru, iaitu selepas pendaftaran dibuat, pelajar perlu membaca atau khatam sekali untuk memudahkan pemahaman tugasan. Ini memudahkan penyerapan untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.


Kelas ini memang amat sesuai kepada mereka yang ingin membuat bisnes secara online kerana telah mencakupi 2 perkara asas yang merupakan keperluan utama bisnes online iaitu membuat blog dan fanpage. Marilah menjadi sebahagian dari keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah, lihat link di
http://www.akademibekerjadarirumah.blogspot.com


                                                   


Sekiranya anda mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami,http://www.sohodirectory.blogspot.com


                                                        

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi seperti saya dan rakan-rakan lain bolehlah menyertai kami di Kelas Asas Membuat Blog dan FanPage. Anda boleh hubungi saya di alamat email azhana.am@gmail.com.
Untuk melihat contoh blog, layari
http://www.azhanaam.blogspot.com.
Untuk melihat contoh fanpage di facebook, taip Sihat Melalui Makanan Sunnah atau klik
www.facebook.com/pages/sihatmelaluimakanansunnah


### Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog bisnes:
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page:
https://www.facebook.com/noorazilamohamad.bekerjadarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...