Wednesday 26 August 2015

Pegawai kerajaan dan bisnes..

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images
 
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, sejak mula terlibat dengan bisnes, pada mulanya memang cara berfikir agak berbeza. Mungkin kerana di zaman belajar kita lebih didedah untuk memulakan bisnes pada skala besar. Dan setelah bekerja bermajikan,  kita nampak sesuatu yang lebih profesional dalam menguruskan perniagaan, seperti, penampilan yang bagus, sebuah kedai yang menarik, pengurusan yang teratur (pengurus kewangan, pengurus promosi, pengurus produk dan macam-macam lagi). Ini menyebabkan keutamaan kita pada modal yang besar, dan perancangan awal, pastinya ingin membuat loan bank.
 
Setelah berhenti kerja, saya mula mencari ilmu tentang bisnes, menghadiri pelbagai seminar, mengenali mentor-mentor bisnes, dan sebagainya, kini pandangan saya tentang bisnes turut berubah. Dan betul apa yang puan ainon katakan, memang agak sukar untuk kita bersembang mengenai bisnes dengan pegawai kerajaan, kecuali mereka telah menceburi bidang perniagaan. Cara dan pandangan yang berbeza dari segi teori dan praktikal.
 
 
                                      
 
 
Post ini yang saya petik daripada fb Puan Ainon.
 
 
Tip ini ditulis khusus untuk pegawai kanan kerajaan yang mahu berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri....
 
Ketahuilah bahawasanya:
+ Bahasa orang bisnes ber...cakap sangat berbeza daripada bahasa pegawai kanan kerajaan bercakap. Macam itik dan ayam bezanya. Sebelum berhenti kerja, berkawan dulu dengan orang bisnes. Dengar bahasa mereka. Belajar bercakap macam mereka.
+ Cara orang bisnes berfikir semasa menyelesaikan masalah sangat berbeza daripada cara orang kerajaan menyelesaikan masalah. Pegawai kerajaan pandai menyelesaikan masalah pentadbiran, masalah orang awam. Orang bisnes pandai menyelesaikan masalah bisnes, masalah duit.
+ Skill pergaulan orang bisnes sangat berbeza. Skill pergaulan sesama orang kerajaan tidak boleh digunakan dalam dunia bisnes.
+ Pegawai kanan kerajaan pandai skill bermesyuarat. Orang bisnes pandai skill berunding....
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...