Tuesday 25 August 2015

Nilai bekerja.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images
 

Assalammualaikum...
Jika kita lihat budaya hari ini, ramai yang mencampur adukkan urusan kerja dan urusan keluarga, kadang-kadang, kerja di pejabat di bawa balik ke rumah, kadang-kadang masalah anak-anak di bawa ke pejabat...Kenapa ye??? Sememangnya, saya akui bukan mudah untuk mengasingkan emosi, tetapi kita kenalah mencari jalan penyelesaian dan cara yang terbaik untuk mengatasinya. In shaa Allah, jika kita rasa buntu, mintalah petunjuk Allah yang maha esa, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Semoga rezeki yang kita perolehi sentiasa mendapat keberkatanNya..
 
 
Perkongsian dari post Puan Ainon...

Nilai Barat lawan Nilai Asia lawan Nilai Agama 2
 
Dalam budaya Barat, mereka mengasingkan waktu-kerja dan waktu-keluarga. Kedua-duanya tidak boleh mengganggu satu sama lain.
+ Dalam budaya Barat, urusan keluarga tidak boleh dilakukan dalam waktu-kerja.
Jika ada urusan keluarga yang penting, pekerja wajib ambil cuti. Itupun jika majikan luluskan cuti itu.
+ Urusan kerja tidak boleh dilakukan dalam waktu-keluarga.
Jika majikan menyuruh pekerja membuat kerja di luar waktu-kerja, perkara itu adalah salah.
Pekerja berhak menolak suruhan itu. Pekerja juga boleh melaporkan perkara itu kepada Mahkamah Pekerja.
.
Dalam nilai Asia-Jepun, mereka sangat menghormati lelaki yang kuat-kerja.
Isteri-isteri malu kepada jiran tetangganya apabila suami mereka balik kerja 'awal' kerana itu bermakna suami mereka tidak kuat-kerja.
.
Dalam agama, tidak ada pemisahan antara waktu-kerja dengan waktu-keluarga.
Dalam Perang Badar, Uthman bin Affan tidak ikut berperang kerana menjaga isterinya yang sakit, namun beliau tetap menerima upah berperang.
 
 
                          
 

3 comments:

  1. Salam noorazila.
    Terima kasih kongsi nilai2 ni daripada Pn Ainon. Yelah nilai asia jepun tu balik lambat mksdnya kuat kerja padahal penatnya Allah saja tahu. Apapun ikut nilai dalam agama paling baik kan.

    ReplyDelete
  2. Salam noorazila.
    Terima kasih kongsi nilai2 ni daripada Pn Ainon. Yelah nilai asia jepun tu balik lambat mksdnya kuat kerja padahal penatnya Allah saja tahu. Apapun ikut nilai dalam agama paling baik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam puan Zaila..
      Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya, Apa pun biarlah kita bekerja niat kerana Allah kan, sekurang-kurangnya penat kita terbalas dengan ganjaran Allah...In shaa Allah.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...