Monday 31 August 2015

Kepandaian yang boleh merugikan.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi
 
Assalammualaikum...
Dulu saya pernah terbaca post Puan Ainon tentang kepandaian yang merugikan... ye saya akui saya pernah terperangkap. Dulu saya meminati Kristal, dan saya menjalankan bisnes dalam pembuatan aksesori, seperti brooch, rantai, gelang dan sebagainya. Tapi, saya hanya mempunyai masa yang terhad untuk menyiapkan produk. Kadang-kadang terpaksa menyiapkan tempahan sehingga larut malam. Pernah juga ketika dalam pantang pun, terpaksa menyiapkan tempahan. Bisnes ini mampu memberi pendapatan yang lumayan, tetapi dari sudut lain, ia sukar untuk saya kembangkan. Sehinggalah saya bertukar kepada bisnes telekung solat, yang mana saya hanya menguruskan stok dan pemasaran. :)
 
 
Petikan daripada post Puan Ainon.
 
Kepandaian yang boleh merugikan....
Kepandaian teknikal adalah kepandaian yang dapat dipelajari, seperti pandai membuat kek, menjahit, bertukang, membekam, menghias pelamin dll.
 
Fenomena orang bisnes terperangkap dalam bisnesnya yang dibuka berdasarkan kepandaian skill teknikalnya adalah fenomena yang banyak berlaku.
 
Lazimnya, orang yang pandai membuat kerja-kerja teknikal ini akan melakukan semua kerjanya sendiri.
 
Dialah towkay, dialah kuli. Dialah yang duduk di dalam dapur, dialah juga yang keluar menghantar keknya ke kedai-kedai.

 
Contoh surat perniaga yang minta pendapat puan Ainon.
 
Surat mesin jahit....
Saya sudah 4 tahun menjalankan perniagaan tudung secara kecil-kecilan secara online dan menyewa sebuah kedai. Perniagaan kedai saya baru h...ampir 2 tahun. Nilai aset di kedai hanya RM5k - RM6k. Pusing modal atas modal. Tiada pembantu. Dari ambil stok, layan pelanggan di kedai, ambil order dari online, packing, pos, semua saya yang buat.
Saya ingin mengembangkan perniagaan dengan menjahit sendiri tudung. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 buah jenis mesin. Sekarang saya hanya ada sejenis mesin jahit sahaja dan perlu menambahnya. Saya tak pandai menjahit, tapi dalam proses belajar perlahan-lahan. Saya ada membuat pinjaman dari Tekun, dan lulus RM11k sahaja. Projek jahit tudung belum boleh dijalankan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Puan MH
 
Ramai yang memberi pandangan yang hampir sama, seperti apa yang puan Ainon terangkan, jangan jadikan kepandaian kini sebagai penghalang untuk kita berkembang. Boleh belajar membuat tudung, tetapi jangan kita yang melakukan kerja-kerja pembuatan. Belajar bagaimana untuk, menguruskan pembuatan, stok, pekerja dan pemasaran itu lebih baik. In Shaa Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat..
 

Sekian...
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...