Monday 24 August 2015

Kelebihan Solat Sunat.

Rujukan: Buku 99 solat sunat

Solat sunat mempunyai banyak keutamaan dan kelebihannya, antaranya ialah:
 
 
1. Menambah kesempurnaan ke atas solat fardu. Solat sunat yang khusuk boleh menampung kecacatan solat fardu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Sesungguhnya yang pertama sekali dihisab di Hari Kiamat dari amalan manusia ialah solatnya. Allah berfirman kepada malaikat-Nya, sedang ia lebih mengetahui; Periksalah solat hamba-Ku, sempurna atau kurang? Jika sempurna tuliskanlah sempurna, dan jika kurang tuliskanlak kurang walau sedikit'. Allah berfirman " Periksalah apakah hamba- Ku itu mempunyai solat sunat?. Jika ada sunatnya, sempurnakanlah untuk hamba-Ku solat fardunya itu dengan solat sunatnya, kemudian diambillah amalan menurut yang demikian" - (Riwayat Abu Daud).
 
 
2. Meningkatkan iman. Solat sunat yang khusyuk menjadikan orang itu semakin dekat kepada Allah dan meningkatkan keimanannya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Istiqamahkanlah dan ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan ialah solat dan tidak ada yang memelihara wudhuk kecuali orang yang beriman." (Riwayat: Ibnu Majah dan Baihaqi).
 
Orang yang istiqamah solat sunat ertinya sentiasa di dalam keadaan berwuduk, dan bererti ia memiliki ciri-ciri orang yang beriman. Semakin banyak dan khusyuk solat sunatnya semakin bertambahlah keimanan dan ketaqwaannya.
 
 
3. Menambah rasa hampir diri kepada Allah. Solat sunat yang dibuat siang dan malam dengan sentiasa melakukannya akan menjadikan seseorang itu semakin hamper kepada Allah dan disayangi Allah.
 
 
4. Masuk syurga bersama Rasulullah s.a.w.
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Mintalah, maka aku berkata: ' Aku mohon menyertai engkau di dalam syurga'. Sabda Rasulullah:' Atau ada yang lain lagi'. Jawab saya: 'Hanya inilah sahaja'. Sabda Rasulullah: 'Kalau begitu tolonglah aku untuk dirimu dengan membanyakkan sujud (solat)' " -(Riwayat Muslim).
 
 
5. Mendapat rahmat dan kebajikan.
 
Sabda Rasulullah s.a.w  yang maksudnya: " Tidak dibenarkan oleh Allah bagi seorang hamba mengerjakan sesuatu yang lebih afdhal dari solat dua rakaat, dan sesungguhnya kebajikan itu akan ditaburkan di atas kepala hamba selama ia masih di dalam solatnya." (Riwayat Ahmad, Tarmizi dan dinyatakan sahih oleh Sayuthi).
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...