Saturday 22 August 2015

Berhutang untuk memulakan bisnes!!!

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto : Google Images
Rujukan: Fb Puan Ainon Mohd 
 
Assalammualaikum..
Dulu..dulu..dulu...zaman belajar di IPT, kita didedahkan tentang bagaimana membuat kertas kerja untuk membuat pinjaman perniagaan. Kenapa ye???...sejak awal kita sudah dididik untuk berhutang. Sejak saya mula berjinak-jinak dengan bisnes, mencari ilmu tentang bisnes, rupa-rupanya, perkara yang paling tidak digalakkan, dan paling bahaya ialah memulakan perniagaan dengan berhutang. Sebaik-baiknya mula dengan apa yang kita ada, kumpul modal dengan berniaga kecil-kecilan dan dengan tidak berhutang. Antara yang sering di tekankan oleh orang yang telah berjaya...
 
                              
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Tanya: Puan tidak menggalakkan kami berhutang untuk memulakan bisnes. Adakah puan tidak pernah berhutang?
Jawab: Saya tidak berhutang bagi memulakan bisnes penerbitan PTS.
+ Saya mulakan operasi PTS dari rumah.
+ Saya dapatkan kepercayaan 2 buah syarikat printer Cina yang memberi kredit 90 hari.
+ Saya gunakan duit simpanan.
+ Saya jual ruang pejabat yang saya beli.
+ Saya tidak ambil gaji selama 3 tahun.
+ Apabila bisnes PTS mula stabil, barulah saya menggunakan fasiliti bank untuk 2 tujuan:
 (a) Mencetak lebih banyak buku.
 (b) Membeli aset kilang berderet.
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hutang dan logik bank....
ABS amat tidak menggalakkan ahli-ahlinya memulakan bisnes dengan duit hutang bank.
Sebaliknya ABS menggalakkan kita memulakan bisnes ...dengan duit simpanan peribadi RM2k sahaja. Jika bisnes kita lingkup, hanya RM2k sahaja yang hangus.
.
Bilakah masanya kita boleh membuat pinjaman bank?
+ Apabila bisnes sudah stabil, barulah kita boleh gunakan duit fasiliti bank bagi mengembangkan bisnes.
+ Mulakan dengan menggunakan sedikit fasiliti bank. Jangan lebih daripada RM20k. Ingat, duit itu adalah bagi mengembangkan bisnes sahaja.
+ Belajar membayar hutang yang kecil dahulu. Bayarlah hutang itu dengan berdisipilin. Jaga rekod hutang kita supaya cantik.
+ Bank tidak akan meluluskan permohonan fasiliti yang 'besar' jumlahnya apabila kita tidak mempunyai rekod yang menunjukkan kita pernah berhutang dan telah membayar hutang dengan baik.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan sekali-kali ambil LOAN. Jangan!
 

Di manakah bahayanya duit LOAN?
+ Duit loan adalah duit cash yang diberikan kepada peminjam. Duit itu selepuk diserahkan ...kepada orang yang tidak ada duit! Di sinilah bahayanya.
+ Orang muda belum biasa tengok duit banyak. Apatah lagi memegang duit banyak. Mudah jadi gelap mata dibuatnya!
+ Kepada orang yang tidak ada duit, apabila dia tiba-tiba dapat duit banyak, dia boleh menjadi kurang siuman!
+ Jangankan orang muda, orang tua pun boleh hilang siuman apabila dapat duit banyak!
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sebagai orang baru dalam bisnes, eloklah sekiranya kita belajar dari mereka yang pakar. Sekian...
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...