Tuesday 25 November 2014

Memukul Binatang Ketika Solat.

Sumber: Buku "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat."

Soalan:
 
Ustaz, sekiranya kita solat di dalam hutan, tiba-tiba ada binatang berbisa berhampiran dengan kaki kita, contohnya kala jengking dan ular, adakah kita wajib berhenti solat?
 
Jawapan:
 
Tidak wajib berhenti solat. Sekiranya kita merasakan ia memudaratkan, kita boleh berhenti solat dan sekiranya kita berasa yakin binatang itu tidak mengancam kita, dibolehkan kepada kita beralih tempat solat. Namun, jangan terlalu kerap beralih tempat kerana ia membatalkan solat. Apa yang disunatkan dalam situasi ini adalah memukul binatang itu ketika solat. Seperti mana hadith Nabi,
 
"Bunuhlah dua yang hitam dalam solat, iaitu ular dan kala jengking."
                                             [ Hadith direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi]
 
Caranya adalah, sekiranya kita sedang qiyam, iaitu berdiri dan ada kala jengking pada kaki, kita boleh duduk sekejap dan pukul binatang itu sehingga mati. Ia disunatkan kerana bersabit dengan hadith yang direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi. Menurut pendapat jumhur ulama, solat kita tidak batal dan kita boleh meneruskan solat.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...