Thursday, 16 October 2014

Solat dan Sains

Teks:  Noor Azila Mohamad
Rujukan : Buku Quran Saintifik
 
Sedikit perkongsian yang bermanfat untuk semua.
 
Baru-baru ini satu kajian berkaitan solat dan sains telah dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM). Antara penemuan mereka ialah:
 
  1.  Kadar kenyutan jantung adalah rendah ketika sujud (72 dan 73 bpm) dan posisi ini adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung.
  2. Posisi rukuk pada sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan boleh digunakan sebagai terapi untuk mengurang dan memulihkan sakit pinggang.
  3. Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvis dan ini dapat memperbaiki pengaliran darah dan hal ini dapat membantu lelaki yang menghidap disfungsi ereksi (lemah anggota kelakian).
  4. Dalam konteks mental, otak didapati mengeluarkan gelombang alpha yang agak jelas ketika sujud. Gelombang alpha ialah gelombang yang melambangkan ketenangan. Tambahan daripada  itu jalur frekuensi gamma selepas solat adalah lebih tinggi berbanding sebelum solat. Fenomena ini bermaksud penumpuan dan daya ingatan meningkat ke atas mereka yang bersolat dengan penuh khusyuk.
Penemuan mereka dilaporkan dalam buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains (Universiti Malaya, 2009).

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...