Friday 31 October 2014

Amalan Perbanyakkan Susu Ibu

Teks: Noor Azila Mohamad

Assalammualaikum...
 
Indahnya bila menjadi seorang ibu, tergambar kegembiraan diwajah suami apabila si kecil lahir. Alhamdulillah, lahir lagi seorang kalifah Allah. Bermulalah tanggungjawab ibu dan ayah untuk membentuk seorang insan yang patuh pada perintah Allah. Tetapi bukan semudah yang kita sangka, ramai yang mampu bergelar ibu dan ayah , tetapi tidak ramai yang mampu menjadi ibu dan ayah.
 
Cuma dengan sedikit permulaan untuk membentuk insan yang terbaik, ialah dengan memberikan susu ibu. Bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk kita mampu menyusukan si manja. In shaa Allah.  noorazilamohamad.blogspot.com/2014/10/tiada-yang-mustahil-untuk-menyusuka-anak.html
Beberapa amalan yang kita boleh lakukan untuk memperbanyakkan susu, ini antara yang saya amalkan.
 
 
Amalkan Doa Dan Zikir
  • Sebagai umat islam, kekuatan kita adalah DOA. Doalah dan minta kekuatan daripadanya. Boleh amalkan doa ini, in shaa Allah.

                      "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN"
 
  • Baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. Sebaiknya bacakan doa makan sebelum menyusukan bayi.
  •  Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  •  Baca Surah Al-baqarah ayat 60; letakkan tangan pada miss B, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah
 
 
Kerap Pam/ Perah susu.
  • Kita ibaratkan miss B sebagai kilang, sekiranya kita kerap menyusukan bayi dan pam susu, miss B akan cuba bekerja untuk memenuhi permintaan kita. Semakin banyak kita menyusukan bayi semakin banyak susu dihasilkan. Tetapi sekiranya, kita jarang menyusukan bayi, miss B beranggapan dia tidak perlu bekerja kerana tiada permintaan. Umpana kilang yang tiada tempahan, pastinya lama kelamaan, akan tutup juga. Ini di namakan konsep "Deman & Supply". (hi..hi..hi..harap contoh ni dapat membantu ibu-ibu untuk memahami).
 
 
Pemakanan
  • Beberapa amalan pemakanan yang dapat membantu memperbanyakkan susu ibu...in shaa Allah..
  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  6. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  7. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  8. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  9. Petola, daun turi; masak lemak manis
  10. Kacang Buncis
  11. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  12. Pucuk betik
  13. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  14. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  15. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  16. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  17. Ikan Tenggiri
  18. Sengkuang Cina
  19. Biskut bijirin
  20. Buah Laici, Longan, Mata Kucing
  21. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)
 
*Saya doakan ibu-ibu di beri kekuatan untuk menyusukan anak sepenuhnya. Jika kita niatkan tindakan kita kerana Allah, In Shaa Allah, semua akan dipermudahkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...