Rasulullah s.a.w melarang kita minum sambil berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Abu Hurairah meriwayatkan,
Rasulullah bersabda, "Janganlah kamu minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehinggakan dia minum sambil berdiri, maka hendaklah dia berusaha untuk memuntahkannya."
(HR Muslim: 5398)
Mengikut kajian perubatan, dalam tubuh kita terdapat penyaring atau penapis yang disebut sfringer. Saringan tersebut akan terbuka hanya ketika kita duduk, dan akan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum sebenarnya belum 100% di steril untuk diolah oleh badan. Jadi apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana ia tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer akan terus masuk ke dalam kantung kencing dan boleh menyebabkan 'Kristal ginjal'.
Berbeza dengan air zamzam, mengapa pula Rasulullah s.a.w minum air zamzam sambil berdiri? Ini adalah kerana system badan kita tidak perlu menyaring khasiat-khasiat yang terdapat dalam air zamzam.
"Sesungguhnya Rasulllullah s.a.w minum air zamzam sambil berdiri."
Menurut kajian pakar, air zamzam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanging air biasa. Dari segi saintifik air zamzam bersifat alkali, oleh itu air zamzam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil didalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w minum air zamzam sambil berdiri; supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.
No comments:
Post a Comment