Wednesday, 2 July 2014

Kemuliaan Penghafaz Al-Quran

Teks : noor azila mohamad
Sumber: Buku Rahsia Minda Hebat
 
Orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang paling bahagia dan kaya, baik di dunia dan akhirat nanti.

1. Mereka diberi hak syafaat untuk sepuluh orang ahli keluarganya di akhirat nanti.
2. Mereka menjadi penghuni syurga.
 
Daripada Ali bin Abu Talih, katanya Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafaznya dan melaksanakan (isinya) dan menghalalkan apa yang dihalalkan, dan mengharamkan apa yang diharamkan, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, yang semuanya telah ditetapkan masuk neraka".
                                                               (Riwayat al-Tirmizi no 2905)
 
3. Mereka berada dalam rahmat Allah.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah SAW bersabda:
 
" Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan nama mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yang dilangit)."
                                                                 (Riwayat Muslim no.2699)
 
4. Ganjaran Pahala
   - Penghafaz dan pembaca al-Quran diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya  dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
 
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
 
" Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran), makan dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa alif, lam, mim itu satu huruf, tetapi alif itu ialah satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf".
                                                               (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi)
 
5. Keluarga kesayangan Allah
  
Diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Rasulallah SAW bersabda:
 
"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia," Lalu Rasulullah ditanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?". Jawab baginda: "Mereka ialah ahlul Quran (pembaca dan penghafaz al-Quran dan pengamalnya). Mereka termasuk keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."
                                                                    (Riwayat Ahmad, no 12279)
 
6. Al-Quran beri syafaat.
 
Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a. berkata:
"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Pada hari kiamat nanti didatangkan al-Quran dan orang yang mengamalkannya di dunia dengan didahului oleh surah al-Baqarah dan Ali 'Imran untuk mempertahankan orang yang mengamalkannya." 
                                                                              (Riwayat Muslim)
 
Begitu mulianya Allah meletakkan orang yang menghafal Al-Quran. Mari kita berusahan membentuk diri sendiri dan keluarga, supaya mencintai Al-Quran. E-Iqra' dapat membantu anda mempelajari dan memahami Al-Quran, In Shaa Allah.
 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...