Sunday, 6 July 2014

Hukum minum air yang dibacakan ayat Al-Quran.

Teks: noor azila
Sumber: Buku Rahsia minda hebat

Amalan ini selalu kita lakukan, tapi tahukan kita hukumnya?...Jom kita kupas sedikit mengenai amalan ini.

Imam Ahmad bin Hanbal menjelaskan:
"Al-Quran itu apabila ditulis pada sesuatu dan dibasuh seperti diminum airnya, tidaklah ditegah. Malahan dibolehkan menulis ayat al-quran pada bekas tertentu kemudian diberikan minum kepada pesakit, begitu juga dibacakan al-Quran ke atas sesuatu, kemudian diminum (atau dimakan). Ataupun dibacakan al-quran pada air kemudian dipercikkan ke atas pesakit; juga menuliskan ayat al-Quran dan diberi minum kepada perempuan yang hendak bersalin."

Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqaan menulis:
"Imam Nawawi dalam kitab Syarah al-Muhazzab menyentuh tentang hokum menulis ayat al-Quran pada papan tulis (luh) atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit. Menurut Hasan al-Basri, Mujahid, Abu Qilabah dan al_Auza'i, ia dibolehkan."

Amalan ini termasuk menulis ayat al-Quran pada pinngan putih menggunakan dakwat zakfaran atau lain-lain jenis dakwat yang boleh dimakan kemudian dilarutkan dakwatnya itu ke dalam air dan meminum airnya.

Menurut Mazhab Syafi'i
Hukum menggunakn ayat al-Quran seperti kaedah di atas adalah harus kerana al-Qadhi Husain dan al-Baghawi dan lainnya berkata:
"Diharuskan menulis ayat al-Quran pada manusia (untuk tujuan berubat) atau pada makanan, tidak mengapa memakannya."

Bagi mazhab lain.
Hukumnya adalah makruh dan tidak ada mana-mana ulama atau mazhab menghukumkannya sebagai haram atau dilarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...