Tuesday 24 June 2014

Raya di Pahang vs Sarawak

Teks: noor azila mohamad

Semenjak hampir dengan ramadhan, tiap kali buka fb, nampak promosi raya, baju raya, kuih raya, semua rayalah. Tetiba pula teringat tahun ini, raya sebelah suami, sebab tahun lepas sewaktu raya, tengah berpantang anak ke-2, tidak dapat beraya di Sarawak.
 
Sejak bersuamikan orang Sarawak, sedikit sebanyak terpaksa mengambil tahu cara dan budaya orang sana. Perkara yang paling saya tertarik mengenai beraya di Sarawak ialah berpakaian tradisional sepanjang 7 hari, hari raya. Baik kanak-kanak mahupun dewasa akan memakai baju kurung dan baju melayu sepanjang masa, siang mahupun malam, di rumah ataupun keluar berjalan. Suasana raya, memang terasa sepanjang 7 hari raya. Berbeza di Semenanjung, di mana baju melayu hanya dipakai pada hari raya pertama atau pun sewaktu keluar beraya sahaja. Kanak-kanak lebih mengemari t-shirt dan 'dress'.
 
Hidangan raya juga sedikit berbeza, di Sarawak, mereka sering menghidangkan kek lapis, asam, kerepek dan kebiasaannya air bergas. Di Semenanjung, kita lebih banyak dihidangkan dengan kuih raya yang pelbagai jenis. Makanan tradisional mungkin sedikit berbeza. Kebiasaannya di Sarawak makanan dan minuman yang dihidangkan, kurang manis dan kurang pedas berbanding di Semenanjung.
 
Setiap negeri pasti ada keunikannya tersendiri, cara dan budaya hidup yang berbeza. Pastinya sesuatu yang unik untuk di hargai. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...